Thursday 29 November 2012

Projek Pantai Timur 2012

Assalamualaikum w.b.t..

Projek pantai timur adalah projek penghantaran buku ke pusat-pusat pembelajaran di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kerteh Dan Kuantan. Projek ini merupakan projek yang ke-3 untuk tahun 2012. Jadi, Sayhye takkan lepaskan peluang untuk mengenali Tanah Semenanjung dengan lebih dekat lagi. Dah tua-tua camni baru nak belajar mengenali negeri-negeri dalam Malaysia. Selama ni Sayhye tak berpeluang langsung. Apalah yang sayhye sibukkan sangat.

Hari Pertama
Dihabiskan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Tetapi tiba sahaja di Kota Bharu pasti tidak ketinggalan untuk mencari nasi kerabu. Sempat juga pada malam hari unutk singgah di 'Wakaf Che Yeh'


Pemandangan dari kamar Renaissance Hotel Kota Bharu

Hari Kedua

Selamat Pagi Kota Bharu
Baiklah mulakan hari kita dengan pemandangan yang tercipta indah buat tontonan sekalian manusia dari Pencipta-Nya.

Pantai Bisikan Bayu


Selesai segala kerja-kerja di Pusat Pembelajaran KB maka berangkatlah kami ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu kami memilih untuk menyusur sepanjang pantai Negeri Kelantan dan Terengganu. Keindahan yang tidak terucap Allah ciptakan buat bumi Malaysia.

Hotel Tanjong Vista
Sepanjang perjalanan juga tidak lekang dengan gerai-gerai keropok ikan yang pelbagai jenis. Antaranya keropok lekor, keropok losong dan macam lagi. Kadang-kadang lain tempat lain nama tetapi benda yang sama. Tetapi yang paling sedap sayhye makan di 'Keropok Lekor Mengabang Tapah' . Keropok dia besar dan isi ikan yang memang terasa. Puas hati betul.Tiba di Hotel agak lewat kerana sesat di bandar Kuala Terengganu.


Pantai Batu Buruk
Walaupun lewat ia tidak mematahkan semangat kami untuk singgah di Pantai Batu Buruk. begitu ramai sekali pengunjung di Pantai Batu Buruk dengan pelbagai aktiviti.

Pemandangan awal pagi dari kamar bilik arah lautan

Seawal pagi bangun untuk melakukan aktiviti yang telah dijadualkan. Kami bersiap-siap untuk ke UNISZA bagi proses penghantaran buku.Wah segarnya. Bila lagi nak dapat peluang macam ni.


Pemandangan hadapan kamar
Hotel kami bersebelahan dengan Hotel Grand Continental


Pemandangan arah bandar

 Pemandangan bandar macam biasa la kan.. kiki~ (^_~)v



Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Dalam perjalanan ke UNISZA secara tidak langsung ternampak Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. So, memang tidak akan lepaskan peluang laa~~ Harus dilawat, tetapi wajiblah selesaikan yang penting dulu.. Ayuh..!!


Kompleks Muzium Negeri Terengganu
Haaa yang ini memang tiada dalam perancangan. Entah macam mana setelah selesai segala proses penghantaran boleh tersesat pula ke sini.. Fuh memang tidak boleh lepaskan peluang. Let's gain a knowldege about Terengganu



Reka Bentuk yang menakjubkan

Seriously, rase macam zaman Hang Tuah la pulak. design bangunan die menakjubkan. Ciri-ciri kemelayuan memang terterap pada rekabentuk bangunan. Tetiba rasa nak menari-menari tradisional zaman-zaman Hang Tuah yang selalu kita tengok dalam TV tu..hikhikhik~~

SayHye and My Boss, Cik Ita (^_~)v
Tiket Masuk
  
 

















Seharian memang habis kami lawat tempat-tempat yang menarik di Terengganu. Dan tidak lupa makanan-makanan di Terengganu juga harus dicuba seperti Nasi Minyak, Nasi Kerabu, Keropok Losong, Makanan laut dan macam-macam lagi..

Hari Ketiga

Hari untuk menuju ke arah Kuantan. Sebelum tiba di Kuantan kami perlu singgah di Pusat pembelajaran Kerteh. Kami masih memilih persisiran pantai sebagai laluan kami.


Keropok Lekor 008 Kelulut
Tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di sini membeli keropok ikan. Disebabkan ader yang recommended, jadi memang patut singgah. Tapi kedai ni selagi tidak pukul 9.15am dia tidak akan layan walaupun lagi 5minit jew lagi. 
 
Keropok Lekor 008 Kelulut
 That's why kereta penuh tunggu di depan kedai. Berkemungkinan orang tempatan. Tetapi lewat 5minit pembeli mulai ramai.

Pantai Kelulut
Sementara menunggu kedai keropok lekor itu buka, maka ayuh lah kita menikmati keindahan pantai yang terbentang luas buat tontonan mata. Waaaaaaaa sayaaaa sukaaaaaa Lauuuuuuuut.!!

Pantai Kelulut

Lupa la nama Pantai ni.. Dalam perjalan ke Kuantan, Pahang singgah sebentar. (^.^")v

Rehat sebentar Vistana Hotel, Kuantan 

Cuci mata menghayati keindahan ciptaan Maha Pencipta Teluk Chempedak


Teluk Chempedak


Teluk Chempedak


Teluk Chempedak


Teluk Chempedak
Alhamdulillah aku diberi peluang dalam menjelajahi negara tercinta ni  yang penuh tempat-tempat menarik. Di sinilah lahirnya sebuah CINTA..

Sekian, assalammualaikum. v(^.^)v

No comments:

Post a Comment