Sunday 9 October 2011

Punca-Punca Anak Derhaka

Tertarik aku dengan penyataan ni dalam Laman Muka Buku yang di post oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Mungkin dari sini kita boleh lihat dan jadikan ia sebagai bimbingan dalam melahirkan dan mendidik anak-anak di masa hadapan, Insyaallah

Antara punca anak derhaka:

  1. Waktu suami isteri bersama tidak membaca doa
  2. Waktu mengandung Ibu ingkar akan perintah Allah
  3. Ibu kurang berdoa untuk mendapat anak yang soleh
  4. Rezeki yang tidak berkat
  5. Suasana rumahtangga yang tidak harmoni dan kurang ajaran agama
  6. Ibu juga pernah derhaka kepada Ibu mereka [nauzubillah]
  7. Jahil tentang ilmu keibubapaan
  8. Kawan-kawan anak yg negatif
  9. Rutin harian yang negatif
  10. Anak terlalu di manjakan
  11. Anak tak di didik tentang kesusahan
  12. Anak tidak tahu bersyukur
  13. Ibu sering menyuruh anak lebih daripada sekali sejak kecil.

Marilah kita Renungkan dan insafi segala perbuatan kita samaada secara sedar atau tidak. Wassalam…

Credit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Saturday 8 October 2011

Sambutan Ulangtahun Abah Ke-54

Here our birthday "B.O.Y"
Selamat Ulangtahun Abah..!! Segala perangcangan telah diatur seminggu awal oleh aku dan adik-beradik ku tanpa pengetahuan abah..Apabila ditanya masing-masing kata nak jalan-jalan bersama.. Poyo giLer ah..!!hikhikhikk~~

Balik saja dari kerja, aku diambil oleh adik ku di perhentian bas Shah ALam dan kami teros sahaja bergerak ke RESTORAN SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT yang terletak di seksyen 23. Ianya terletak bersebelahan Carefour. Ketika tiba di restoran berkenaan, waktu Maghrib telah pun masuk. Tetapi usah khuatir kerana disini telah disediakan kemudahan surau bagi pelanggan mereka. Jadi kami tidak perlu mencari tempat untuk bersolat.
RESTORAN SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT
Menjamu selera disini amatlah berbaloi bagi sesiapa yang "Kuat Makan". Ini kerana disini melantak la macammaner pown dikire 1 kepala RM25.50 adult.. Kanak-kanak Rm12.50.. Additional will be different price..

 Our H.E.R.O





Hah, ape lagi masing-masing start ambil apa yang mereka mahu makan. Disini yang P.R.O bab steamboat is yang Bertopi tu. Bukan rajin sangat makan steamboat nie yang yer nyer.. Disebabkan ada yang sponsor jew nie yang pi melalut sampai kesini.. lalllalalaaallalala~~ Moga Allah murahkan rezeki beliau..Amin.. (^_^)

 Sampai mane pown tak bole tinggal MiLo panas Die..





Disini terdapat pelbagai pilihan bebola, mee dan macam lagi untuk steamboatnyer. Bagi sesiapa yang rajin boleh juga membakar sendiri satay yang telah disediakan. Tidak luper French fries, bebola dan nugget untuk digoreng. Wow..!! memang kenyang tak ingat mase tu..





Berikut Suasana Di 'RESTORAN SEGI SERI 3 IN 1 STEAMBOAT'

Suasana Restoran


Reyna say Cheese..!!

We L.O.V.E u Abah..!!
Akibat Birthday Boy kite seorang yang pemalu,, jadi majlis pemotongan Kek telah dilakukan dirumah..hikhikhikk~~ Adoyai macam-macam.. Layankan~~~
Begitu sambuatan hari Lahir abah yang kami sambut di tahun ini. Mungkin Jika ada sponsor yang bermurah hati lagi ditahun hadapan boleh buat yang lebih meriah lagi.. Insyaallah..!! (~_^) Bubye and Assalamualaikum..

Tuesday 9 August 2011

BERHATI-HATI DI BULAN RAMADHAN

Sources: Utusan Malaysia

Maybe its quite late.. Tapi aku nak share jugak pada semua kengakawan yang amat aku sayangi. Sebagai warga yang prihatin perasaan kasihan dan sedih pada keluarga tersebut memang tidak boleh lari. Tiada apa yang dapat aku katakan hanya mampu mengucap "dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali". Semoga arwah dicucuri rahmat di bulan puasa yang barakah ini dan keluarganya kuat dalam menghadapi musibah yang melanda. Agak terkejut kerana ianya berlaku pada kawasan yang kira berdekatan la dengan aku. Tetapi bagi kengkawan yang diluar sana agar berhati-hati ok.. (Memalukan Meru jew,, nasib aku duduk Bukit Kapar,, tempiasnya still terasa..Adoyai)

Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini aku dan family banyak masak di rumah. Sehinggakan aku banyak belajar banyak mengenai pelbagai resepi dan jenis kuih muih yang aku sangat naif selama ini. Antara kebaikkan yang kita boleh didapati daripada aktiviti memasak ini adalah seperti berikut:
  1. Barakah (kita yakin yang ibu kita masak tu confirm baca Basmalah,,hikhikhik~~)
  2. Bersih
  3. Jimat (takder la lari bajet aku bulan 2,, siap boleh save lagi)
  4. Mengeratkan silaturrahim (especially yang duduk beramai-ramai like family, housemate, roomate dan segala mate lah..)
  5. etc (korang pikir la sendri~~)
  Aku paham pada sesiapa yang berkerja memang penat kalau nak masak tu. Tapi kalau bergotong-royong insyaallah ok kot. Lagipun jika mengikut sunnah Rasulullah kita patut bersederhana ketika berbuka dan elakkan pembaziran. Mungkin itu sahaja dari aku. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH,, dan yang lemah itu datangnya dari saya sendiri.Selamat berpuasa & Assalamualaikum...

Saturday 6 August 2011

BUKU BARU

Tidak tahu kenapa,mengapa,dimana salahnya blog lama ku sudah di sekat pengaksesannya. Dari alasan yang diberikan mengatakan aku bawah umur. mungkin ketika aku menciptanya blog saygreenice tu aku tak tulis tarikh lahir kot. Sebab tu die tak tahu umur aku.

Pelbagai usaha aku lancarkan bagi menyelamatkan blog kesayanganku. Pelbagai nasihat juga aku dapat dari semua pihak. Tetapi mungkin bukan rezeki ku. Terpaksa mulakan hidup baru dengan coretan yang baru. Bukan apa, sayang akan coretan perit jerih, suka duka ketika zaman bergelar pelajar. Diharap dimasa akan datang blog ini tidak bermasalah dan menyusahkan kepala hotak aku lagi. Wasalam...