Tuesday 9 August 2011

BERHATI-HATI DI BULAN RAMADHAN

Sources: Utusan Malaysia

Maybe its quite late.. Tapi aku nak share jugak pada semua kengakawan yang amat aku sayangi. Sebagai warga yang prihatin perasaan kasihan dan sedih pada keluarga tersebut memang tidak boleh lari. Tiada apa yang dapat aku katakan hanya mampu mengucap "dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali". Semoga arwah dicucuri rahmat di bulan puasa yang barakah ini dan keluarganya kuat dalam menghadapi musibah yang melanda. Agak terkejut kerana ianya berlaku pada kawasan yang kira berdekatan la dengan aku. Tetapi bagi kengkawan yang diluar sana agar berhati-hati ok.. (Memalukan Meru jew,, nasib aku duduk Bukit Kapar,, tempiasnya still terasa..Adoyai)

Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia ini aku dan family banyak masak di rumah. Sehinggakan aku banyak belajar banyak mengenai pelbagai resepi dan jenis kuih muih yang aku sangat naif selama ini. Antara kebaikkan yang kita boleh didapati daripada aktiviti memasak ini adalah seperti berikut:
  1. Barakah (kita yakin yang ibu kita masak tu confirm baca Basmalah,,hikhikhik~~)
  2. Bersih
  3. Jimat (takder la lari bajet aku bulan 2,, siap boleh save lagi)
  4. Mengeratkan silaturrahim (especially yang duduk beramai-ramai like family, housemate, roomate dan segala mate lah..)
  5. etc (korang pikir la sendri~~)
  Aku paham pada sesiapa yang berkerja memang penat kalau nak masak tu. Tapi kalau bergotong-royong insyaallah ok kot. Lagipun jika mengikut sunnah Rasulullah kita patut bersederhana ketika berbuka dan elakkan pembaziran. Mungkin itu sahaja dari aku. Yang baik itu datangnya daripada ALLAH,, dan yang lemah itu datangnya dari saya sendiri.Selamat berpuasa & Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment