Tuesday 10 April 2012

Rahsia Berpuasa

Assalamualaikum...

Sudah dua hari aku berpuasa sunat akibat daripada selera makanku yang semakin berkurangan. Lebih baik kiranya kita berpuasa bagi menambah amal yang tidak seberapa cuma ini. Tetapi dalam masa dua hari ni, letih betul aku berpuasa. Hendak dikatakan tidak makan, aku bersahur setiap pagi.  Aku mula mencari apa permasalahan yang membuatkan kita letih ketika kita berpuasa dan diet yang seimbang ketika menghadapinya. Dan ini hasil yang aku dapat:

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
·  Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.(Source: http://tayibah.com/eIslam/puasasihat.htm)


Masyallah.Maka terjawablah segala persoalan aku selama ini. Bahagian yang aku paling gemar ialah ketika di fasa 3. Ini kerana aku rasa seperti tenaga baru masuk kedalam diri ini. Badan kita rasa segar amat. Subhanallah. Setiap apa yang dituntut olehNya memang terdapat pelbagai hikmah.. Selain berpuasa dibulan Ramadhan ynag tentunya wajib bagi kita, marilah kita mengamalkan puasa sunat yang juga terdapat pelbagai hikmat di dalamnya terutama pada kesihatan kita. Insyaallah. Yang baik itu datang daripadanya, dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri..wasalam.

No comments:

Post a Comment