Sunday, 9 October 2011

Punca-Punca Anak Derhaka

Tertarik aku dengan penyataan ni dalam Laman Muka Buku yang di post oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Mungkin dari sini kita boleh lihat dan jadikan ia sebagai bimbingan dalam melahirkan dan mendidik anak-anak di masa hadapan, Insyaallah

Antara punca anak derhaka:

  1. Waktu suami isteri bersama tidak membaca doa
  2. Waktu mengandung Ibu ingkar akan perintah Allah
  3. Ibu kurang berdoa untuk mendapat anak yang soleh
  4. Rezeki yang tidak berkat
  5. Suasana rumahtangga yang tidak harmoni dan kurang ajaran agama
  6. Ibu juga pernah derhaka kepada Ibu mereka [nauzubillah]
  7. Jahil tentang ilmu keibubapaan
  8. Kawan-kawan anak yg negatif
  9. Rutin harian yang negatif
  10. Anak terlalu di manjakan
  11. Anak tak di didik tentang kesusahan
  12. Anak tidak tahu bersyukur
  13. Ibu sering menyuruh anak lebih daripada sekali sejak kecil.

Marilah kita Renungkan dan insafi segala perbuatan kita samaada secara sedar atau tidak. Wassalam…

Credit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

No comments:

Post a Comment