Tuesday, 16 October 2012

Lipatan Nostalgia

Assalamualaikum..!!

Setelah sekian lama berdiam diri akibat kesibukkan yang tidak dapat dielakkan.. Tapi sayha gagahkan juga walau masa sedetik cuma untuk menulis entry ni.. Sayha tersangatlah rindu pada kengkawan bersusah senang bersama dahulu.. Tapi kehidupan harus diteruskan,, dan tinggalkan segaLanya sebagai lipatan kenangan.. Seronok sangat dapat melihat kengkawan yang berjaya mencapai cita-cita mereka, bahagia disisi orang tersayang dan etc.

Akibat Blog lama sayha sudah tidak boleh digunakan lagi.. so terpaksa kutip balik gambar dari kengkawan yang tagged sayHye di FB.. mintak ampon deh..!! Mau buat koleksi di sini.. (^^,)


Kenangan di UiTM Segamat (final year)

UiTM Puncak Perdana Classmate
Public Relation Project @ JeleBu

Singapore Trip Class


Class Project @ Kuala Kangsar

Singapore Trip class

Kelas Bahasa Arab

Lee Wee Nam Library, Nanyang Technological University, Singapore

Kelas Metadata, UiTM Puncak Perdana















































































































































Singapore Trip Class

























 Kenangan yang tidak terucap banyaknya.. Segala penat lelah,, pahit manis bersama.. Seriously rindu sangat pada korang semua.. jika ada masa terluang harap dapat roger and hangout balik..!! Mintak halal yer segala gambar yang sayha ambil ni.. Yang baik tu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang lemah daripada diri sayha sendiri.. (^^,)v

Tuesday, 10 April 2012

Rahsia Berpuasa

Assalamualaikum...

Sudah dua hari aku berpuasa sunat akibat daripada selera makanku yang semakin berkurangan. Lebih baik kiranya kita berpuasa bagi menambah amal yang tidak seberapa cuma ini. Tetapi dalam masa dua hari ni, letih betul aku berpuasa. Hendak dikatakan tidak makan, aku bersahur setiap pagi.  Aku mula mencari apa permasalahan yang membuatkan kita letih ketika kita berpuasa dan diet yang seimbang ketika menghadapinya. Dan ini hasil yang aku dapat:

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
·  Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )

– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.(Source: http://tayibah.com/eIslam/puasasihat.htm)


Masyallah.Maka terjawablah segala persoalan aku selama ini. Bahagian yang aku paling gemar ialah ketika di fasa 3. Ini kerana aku rasa seperti tenaga baru masuk kedalam diri ini. Badan kita rasa segar amat. Subhanallah. Setiap apa yang dituntut olehNya memang terdapat pelbagai hikmah.. Selain berpuasa dibulan Ramadhan ynag tentunya wajib bagi kita, marilah kita mengamalkan puasa sunat yang juga terdapat pelbagai hikmat di dalamnya terutama pada kesihatan kita. Insyaallah. Yang baik itu datang daripadanya, dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri..wasalam.

Sunday, 9 October 2011

Punca-Punca Anak Derhaka

Tertarik aku dengan penyataan ni dalam Laman Muka Buku yang di post oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Mungkin dari sini kita boleh lihat dan jadikan ia sebagai bimbingan dalam melahirkan dan mendidik anak-anak di masa hadapan, Insyaallah

Antara punca anak derhaka:

  1. Waktu suami isteri bersama tidak membaca doa
  2. Waktu mengandung Ibu ingkar akan perintah Allah
  3. Ibu kurang berdoa untuk mendapat anak yang soleh
  4. Rezeki yang tidak berkat
  5. Suasana rumahtangga yang tidak harmoni dan kurang ajaran agama
  6. Ibu juga pernah derhaka kepada Ibu mereka [nauzubillah]
  7. Jahil tentang ilmu keibubapaan
  8. Kawan-kawan anak yg negatif
  9. Rutin harian yang negatif
  10. Anak terlalu di manjakan
  11. Anak tak di didik tentang kesusahan
  12. Anak tidak tahu bersyukur
  13. Ibu sering menyuruh anak lebih daripada sekali sejak kecil.

Marilah kita Renungkan dan insafi segala perbuatan kita samaada secara sedar atau tidak. Wassalam…

Credit: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah